BENTONG: Empat individu masing-masing didenda RM500 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Bentong di sini semalam bagi tuduhan melakukan aktiviti memasak mi segera menggunakan dapur gas di sebuah stesen minyak di Genting Highlands di sini pada 12 Mei lalu. Tertuduh, Nur Azira Azman, 23, Fadhli Zil Ikram Sazalin Isran, 24, Nur Fatin Irdina Shahrulnizam, 24, dan Nur Anis Salleh, 24, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibaca di hadapan Majistret Nadhratun Naiem Zainan. Mengikut kertas pertuduhan, kesemua tertuduh bersama-sama dalam mencapai niat bersama pada 12 Mei lalu kira-kira pukul…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya