BENTONG: Empat individu masing-masing didenda RM500 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Bentong di sini hari ini atas tuduhan melakukan aktiviti memasak mi segera menggunakan dapur gas di sebuah stesen minyak di Genting Highlands di sini pada 12 Mei lalu. Tertuduh, Nur Azira Azman, 23, Fadhli Zil Ikram Sazalin Isran, 24, Nur Fatin Irdina Shahrulnizam, 24, dan Nur Anis Salleh, 24, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibaca di hadapan Majistret Nadhratun Naiem Zainan. Mengikut kertas pertuduhan, kesemua tertuduh bersama-sama dalam mencapai niat bersama pada 12 Mei lalu kira-kira…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya