PETALING JAYA: Malaysia memenuhi kriteria untuk dijadikan destinasi pelaburan selamat kepada pelabur atas faktor kestabilan, tenaga kerja terlatih, ekonomi dan geopolitik berkecuali. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inilah kriteria destinasi yang pelabur di seluruh dunia cari untuk melabur di tengah-tengah ketegangan khususnya sejak pelaksanaan sekatan perdagangan yang semakin ketat dalam industri mikrocip. Menurutnya, industri semikonduktor berkembang pesat di negara ini, sekali gus mengukuhkan peranan Malaysia dalam sektor pembuatan, perdagangan dan inovasi. Jelas beliau, Malaysia juga mempunyai asas yang kukuh dan matang dalam sektor pembuatan terutama membabitkan industri elektronik…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya