KUALA LUMPUR: Lima ahli keluarga suspek kes serangan Balai Polis Ulu Tiram pada 17 Mei lalu ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA). Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, reman terhadap kelima-lima suspek berusia antara 19 hingga 62 tahun itu tamat pada hari ini. “Di bawah SOSMA ini, Cawangan Khas Bukit Aman akan menjalankan siasatan manakala Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) masih juga akan meneruskan siasatan berkait Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Akta Senjata Api. “Jadi siasatan bersekali, tiada masalah,”katanya dalam sidang akhbar di Menara KPJ…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya