Lelaki maut, rakan parah tayar jentolak meletup - Utusan Malaysia

Lelaki maut, rakan parah tayar jentolak meletup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Seorang pekerja pusat servis kenderaan maut manakala seorang lagi parah selepas tayar jentolak meletup ketika sedang diisi angin dalam kejadian di Bandar Baru Sungai Buloh dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.40 tengah hari itu berlaku ketika kedua-dua mangsa terlibat merupakan pekerja di pusat servis berkenaan sedang mengisi angin tayar sebuah jentolak.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, bagaimanapun, tayar berkenaan tiba-tiba meletup sehingga mengenai kedua-dua mangsa mengakibatkan salah seorang mangsa maut di tempat kejadian manakala seorang lagi mengalami cedera parah.

“Semakan mendapati kedua-dua mangsa berusia 19 dan 21 tahun merupakan lelaki warga tempatan.

“Mangsa yang parah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan selanjutnya,” katanya.

Menurut beliau, kejadian diklasifikasikan sebagai kematian mengejut(SDR).

“Siasatan sebelum ini mendapati kejadian terbabit telah ditularkan menerusi satu gambar kejadian berserta rakaman suara.

“Orang ramai diingatkan agar tidak menyebarkan atau membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian,” jelasnya.

Terdahulu, tular gambar serta rakaman suara berkaitan kejadian melibatkan tayar meletup di sebuah pusat servis kenderaan di sini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya