SEREMBAN: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir mengingatkan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini supaya mengenepikan agenda politik sempit, sebaliknya bekerjasama atas nama perpaduan dan kebajikan rakyat. Titah baginda, dalam mengharungi senario ekonomi yang mencabar hari ini, kestabilan landskap politik amat penting agar segala dasar-dasar yang telah dirangka dapat dilaksanakan sebaik mungkin. “Beri fokus kepada projek-projek dan program yang telah dirangka agar dapat diterjemahkan dan dapat dirasai oleh rakyat. “Adalah menjadi tanggungjawab ahli-ahli yang berhormat untuk memimpin dan membimbing rakyat agar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya