SEREMBAN: Meskipun permohonan lesen ditolak namun terdapat pemilik perniagaan bertindak berani dengan meneruskan operasi malah dikendalikan oleh warga asing. Bagaimanapun, tindakan pemilik premis kedai perabot berusia 56 tahun itu berjaya dihidu anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Seremban (MBS) apabila melakukan serbuan ke atas premis itu yang terletak di Putra Point, Bandar Baru Nilai, semalam. Datuk Bandar MBS, Datuk Masri Razali berkata, hasil daripada operasi berkenaan pihaknya telah mengambil tindakan serta-merta dengan menyita premis tersebut yang dipercayai telah beroperasi kira-kira dua bulan lalu. Menurut beliau, semasa pemeriksaan dilakukan, terdapat dua pekerja…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya