Kayuhan hijau promosi media sosial kerajaan negeri, Tahun Melawat Perlis - Utusan Malaysia

Kayuhan hijau promosi media sosial kerajaan negeri, Tahun Melawat Perlis

NIK Nazmi Nik Ahmad bersama para peserta Program Jelajah Perpaduan Kayuhan Hijau di Dataran Bandaraya baru-baru ini.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Program Jelajah Perpaduan Kayuhan Hijau yang bermula dari Selatan ke Utara semenanjung Malaysia cukup sinifikan yang turut sama mempromosikan Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024/2025.

Ia bermula dari Tanjung Piai, Johor yang juga dikenali sebagai titik hujung Benua Asia ke Kangar, Perlis yang akan tamat di batu penanda jalan Kangar 0 kilometer (km).

Baru-baru ini, kayuhan berkenaan bermula dari Dataran Bandaraya Kuala Lumpur menuju ke Sekinchan sejauh 95.4 km.

Peserta kayuhan akan melalui beberapa check point di Ijok, Kuala Selangor, Tanjung Karang dan seterusnya di Sekinchan untuk mengedarkan risalah, cenderamata dan mempromosikan media sosial kerajaan negeri Perlis serta Tahun Melawat Perlis 2024/2025.

Pelepasan tersebut disempurnakan oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad di Dataran Bandaraya.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Inovasi dan Teknologi Hijau dan Alam Sekitar, Megat Hashirat Hassan; Timbalan Ketua Setiausaha kerajaan negeri (pengurusan), Dr. Noriman Rojulai dan Pengarah Jabatan Perhutanan negeri, Awang Shaffie Awang Ahmadni.

Program berkenaan juga bertujuan mengurangkan pelepasan asap kenderaan di kawasan bandar itu yang diadakan setiap bulan bagi memupuk minat warga kota untuk berbasikal.

Selain riadah, ia juga merupakan program bersama keluarga dalam kalangan warga kota selain menggalakkan mereka menggunakan basikal atau berjalan kaki dengan lebih kerap untuk ke mana-mana tanpa menggunakan kenderaan berasap.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya