KLUANG: Hujan lebat dalam tempoh yang agak panjang sejak akhir ini menimbulkan keresahan kepada penduduk di Jalan Ilham 28 hingga 56 di Taman Ilham, di sini kemungkinan berlaku banjir kilat akibat limpahan dari tali air berhampiran kawasan kediaman itu. Malah, limpahan dari tali air sepanjang satu kilometer itu adalah punca utama banjir kilat yang melanda taman perumahan sehingga penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) ketika musim Monsun Timur Laut sebelum ini. Seorang penduduk, Muhammad Rahman, 57, berkata, selepas banjir melanda kawasan penempatan itu pada Januari lalu, pihak berkaitan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya