KUALA LUMPUR: Seorang pegawai polis berpangkat inspektor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menghalang tugas dan mengeluarkan kata kesat kepada pegawai kanan polis berpangkat ASP, tiga hari lalu. K. Gopi, 34, didakwa menghalang tugas ASP Khairil Azuad Abd. Azis dengan enggan memberikan keterangan melibatkan satu laporan polis yang diarahkan oleh pegawai itu di Pejabat Bahagian D6, Tingkat 3, Menara 2 Bukit Aman, Dang Wangi di sini pada 12.10 tengah hari, 5 Mei lalu. Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya