PASIR SALAK: Seorang wanita yang menghidap kanser paru-paru tahap empat tabah menjaga anak lelakinya yang terlantar sejak 11 tahun lalu akibat serangan angin ahmar. Wanita itu, Siti Zaleha Syed Mansor, 63, menjaga anaknya, Aziz Alwin Zulkifli 42, yang hilang keupayaan bergerak dan hanya terbaring di rumahnya di Simpang Tiga, Sungai Manik dekat sini. Menurut Siti Zaleha, anaknya yang diserang angin ahmar terpaksa menjalani pembedahan bagi membuang darah beku tempurung di kepalanya. Katanya, dia mengorbankan segala-galanya demi anaknya itu walaupun dia sendiri mengalami masalah kesihatan yang serius. Namun dia menguatkan kudratnya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya