GUA MUSANG: Kerajaan Kelantan akan membatalkan tanah yang diberikan kepada peneroka sekiranya mereka dikesan menjualnya kepada pihak lain. Menteri Besar Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, pemberian tanah dan geran itu sebagai warisan untuk kegunaan generasi akan datang. “Saya nak pesan supaya jangan jual tanah kepada orang lain dan kita perlu menjaganya. Kami berharap tanah yang diberikan ini dapat dikekalkan sebagai aset untuk anak cucu dan generasi seterusnya yang memerlukan tanah. “Jika ada, Kerajaan Negeri tidak akan teragak-agak untuk membatalkan hak milik tanah. Penerima perlu bersyukur kepada Allah kerana terpilih untuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya