KUALA LUMPUR: “Papa saya sudah tiada.” Demikian perkongsian anak kepada pelakon dan penyanyi kesayangan ramai, Datuk Hail Amir, Cinta Shafina berkenaan pemergian bapanya semalam. Cinta memaklumkan khabar duka itu kepada Utusan Malaysia menerusi perbualan WhatsApp petang semalam. Terdahulu, Allahyarham dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mengalami batuk berterusan. Ujar Safina, doktor mengesahkan arwah mengalami jangkitan paru-paru dan ditempatkan di wad biasa. Berita kehilangan bintang tersohor itu turut meninggalkan kesan buat rakan industri termasuk Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Freddie Fernandez. Ujar Freddie, beliau bersyukur kerana sempat bertemu arwah buat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya