Gangguan bekalan makanan di Rafah cetus krisis kebuluran

Gangguan bekalan makanan di Rafah cetus krisis kebuluran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) bimbang mengenai gangguan bekalan bantuan yang akan memberi kesan kepada tindak balas kemanusiaan di seluruh kawasan terkepung di Rafah.  

Lapor The Palestine Chronicle, ia secara tidak langsung menyebabkan rakyat Palestin bertambah lebih sengsara akibat kelaparan disebabkan tiada sumber makanan. 

“Gangguan berterusan terhadap penghantaran bantuan dan bekalan bahan api di lintasan Rafah akan menghalang tindak balas kemanusiaan di seluruh Gaza,” katanya menerusi ciapan di X. 

Jurucakap Pihak Berkuasa Palestin mengesahkan sempadan itu ditutup dari Palestin. 

Rakaman video yang dikongsikan oleh media Israel menunjukkan sebuah kereta kebal milik rejim Zionis berada di lintasan Rafah.

Bercakap dari Rafah, Pegawai Komunikasi UNRWA, Louise Wateridge berkata, situasi semasa menyebabkan semua penduduk dibelenggu ketakutan sehingga tidak tahu ke mana hala tuju untuk menyelamatkan diri.

“Kami sangat takut di Rafah. Semua orang tidak tahu ke mana hendak dituju. Bahkan, tiada nasihat untuk bergerak ke mana. Tiada tempat yang selamat untuk kami sekarang.

“Banyak keluarga menjadi panik dan jiwa mereka terganggu. Anda boleh bayangkan, ketika orang mula bergerak, ketika itu tempat perlindungan dirobohkan,” katanya. 

Isnin lalu, UNRWA ‘tidak mengarahkan pelarian berpindah’ ketika berita mengenai Israel mengarahkan perpindahan bagi mereka yang tinggal di pinggir timur bandar Rafah tersebar. 

Ketua UNRWA, Philippe Lazzarini berkata, pihaknya akan kekal berada di Rafah bagi menyalurkan bantuan penting kepada penduduk. 

Lazzarini memberi amaran serangan tentera Israel hanya menambahkan lagi derita yang sudah tidak tertanggung oleh penduduk Gaza. 

Sehingga kini, sekitar 1.5 juta rakyat Palestin menjadi pelarian di Rafah, hilang tempat tinggal akibat siri pembunuhan beramai-ramai oleh rejim Zionis. 

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, seramai 34,789 rakyat Palestin terbunuh dan 78,204 cedera sejak serangan Isreal tercetus 7 Oktober lalu.   

Organisasi antarabangsa mendedahkan kebanyakan mangsa terbunuh adalah wanita dan kanak-kanak. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya