FAMA pasarkan 84,000 kg harumanis, bernilai lebih RM1.6 juta - Utusan Malaysia

FAMA pasarkan 84,000 kg harumanis, bernilai lebih RM1.6 juta

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menunjukkan buah mempelam harumanis di Kangar, Perlis semalam.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Sebanyak 84,000 kilogram harumanis dengan nilai lebih RM1.6 juta berjaya dipasarkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri sempena musim buah itu.

Ia termasuk pemasaran secara dalam talian melalui portal Agrobazaar Online sebanyak 3,040 kilogram dengan nilai RM80,000 membabitkan keseluruhan 19 pengusaha.

Pengarah FAMA negeri, Mohd Anzara Azizan berkata, usaha tersebut merupakan salah satu langkah untuk mempromosikan dan memasarkan buah istimewa yang mempunyai penggemarnya bukan sahaja di dalam negara malah di luar termasuk Singapura.

Katanya, buah mempelam berkenaan telah mula mengeluarkan hasil sejak April tahun ini.

Selain itu, katanya, FAMA Perlis juga telah menjana sebanyak RM700,000 melalui kerjasama dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam penganjuran Bazar Ramadan di Dataran Asnaf Business Corner (A.B.C.) MAIPs Kangar.

“Ia melibatkan 35 orang usahawan dari seluruh Perlis,” katanya ketika mempersembahkan ucapan aluan kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sempena Majlis Sentuhan Kasih Aidilfitri Bersama Raja Muda Perlis di pejabat FAMA negeri di Behor Temak di sini semalam.

Tuanku Syed Faizuddin turut berkenaan menyempurnakan perasmian kempen lebihkan makan buah-buahan tempatan dalam usaha menggalakkan masyarakat menjadikan buah sebagai menu dalam setiap hidangan makanan.

Majlis sambutan Aidilfitri tersebut turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran seluruh warga kakitangan FAMA negeri bagi menjamu selera dengan pelbagai juadah makanan dan minuman yang disediakan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya