KUANTAN: Dua adik beradik yang mewakili Pahang bagi kategori hafazan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1445 Hijrah/2024 Masihi mula menghafal ayat-ayat suci al-Quran sejak berusia 13 tahun. Dua beradik itu, Abd. Hakim Abd. Hamid Zawawi, 25, yang bertanding bagi kategori hafazan juzuk satu hingga 30 dan Abdul Haris, 19, juzuk satu hingga 20, mula mendalami bidang tersebut ketika menuntut di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Tengku Ampuan Afzan, Pekan, dekat sini. Utusan Malaysia difahamkan, pasangan adik beradik berkenaan sudah menguasai bacaan al-Quran seawal usia tujuh tahun dengan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya