Cuaca panas: Kuda alami dehidrasi terpaksa drip air - Utusan Malaysia

Cuaca panas: Kuda alami dehidrasi terpaksa drip air

MUHAMMAD Amin Hazwan Abdul Hamid (baju hitam) dan Muhammad Iqbal Hakim terpaksa menggunakan kaedah atau rawatan Iv Drip untuk menambah air terhadap kudanya yang mengalami dehidrasi berikutan cuaca panas melampau di Padang Besar Selatan, Kuala Perlis semalam.-UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Cuaca panas melampau berikutan susulan peralihan Monsun Timur Laut dan fenomena El Nino bukan sahaja memberi kesan kepada manusia malah turut menjejaskan haiwan apabila ada yang mengalami dehidrasi berikutan kekurangan air di dalam badan.

Bagi seorang pemilik kuda di Padang Besar Selatan Kuala Perlis di sini, Muhammad Amin Hazwan Abdul Hamid,26, dia terpaksa menggunakan kaedah atau rawatan Iv Drip untuk menambah air di dalam badan haiwan berkenaan yang mengalami dehidrasi berikutan cuaca panas melampau ketika ini.

Muhammad Amin terpaksa menggunakan kaedah tersebut selepas melihat kudanya dalam keadaan cukup lemah akibat terlalu panas meskipun sudah minum air secara biasa.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Muhammad Amin berkata, dia memasukkan air menggunakan rawatan drip terhadap kudanya itu sebanyak 10 liter atau kira-kira 13 botol.

Katanya, selepas melalui proses drip air antara lima ke enam jam itu, salah seekor kudanya itu dilihat kembali segar dan bertenaga.

“Sebelum proses drip tersebut, kuda saya dilihat berpeluh dengan air juga keluar melalui hidung. Kuda tersebut mengalami dehidrasi selepas air kurang di dalam badan malah apabila minum air secara biasa juga tidak mampu membantu proses pemulihan kuda berkenaan.

“Musim panas ini, bukan kita sahaja tidak tahan malah haiwan juga tidak mampu bertahan khususnya antara pukul 12 tengah hari sehingga 4 petang yang suhu boleh mencecah sehingga 39 darjah celsius,” katanya.

Katanya lagi, dia akan terus memantau perkembangan kudanya itu dan kalau masih mengalami dehidrasi, air akan ditambah lagi dengan menggunakan rawatan drip itu.

Ujarnya, dia melakukan sendiri kaedah drip tersebut dengan membeli kelengkapan untuk rawatan berkenaan di farmasi.

“Saya juga difahamkan di Kelantan ada juga kuda yang mati berikutan cuaca panas ini. Ia bergantung juga, ada kuda yang mampu bertahan dan ada yang tidak mampu bertahan apabila cuaca terlalu panas ini.

“Saya ada dua ekor kuda dengan seekor lagi masih boleh bertahan tanpa melalui rawatan drip untuk tambah air dalam badan ini.

“Dehidrasi ini kalau tak bantu rawat awal dalam cuaca panas ini mampu mengundang risiko kuda mengalami strok haba, rosak buah pinggang, ebdomen dan sebagainya,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya