KOTA BHARU: Penangan lagu Cinta Setandang Pisang yang tular sehingga ke Itali membuatkan pasangan duet Den Manjo dan Eda Ezrin tidak menang tangan memenuhi undangan untuk membuat persembahan. Mana tidaknya, lagu tersebut menjadi siulan bukan sahaja di Kelantan malah seluruh negara, Selatan Thailand serta Indonesia. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Den Manjo atau nama sebenarnya, Mohamad Hafizzudin Md. Yusof, 28, berkata, sejujurnya dia masih terkejut dan tidak menyangka lagu duet tersebut menjadi fenomena. Menurutnya, sejak lagu itu meletup, dia menerima antara tiga hingga empat undangan setiap hari untuk membuat persembahan. “Bermula…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya