SERAMAI 13 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Bomba Sedunia di puncak Bukit Keluang, Besut, baru-baru ini. Ketua Zon 1 JBPM Terengganu, Yusmaredza Mirza Mohamed Ali berkata, Jalur Gemilang tersebut dikibarkan bersama bendera-bendera JBPM dan Terengganu pada ketinggian lebih 300 meter dari aras laut. Menurutnya, kibaran Jalur Gemilang itu dilaksanakan oleh anggota dari Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Besut dan BBP Setiu. “Selain itu, para peserta juga melaksanakan kerja ‘jiwa murni’ dengan membersihkan sampah sarap di sepanjang laluan pendakian,” katanya.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya