PYONGYANG: Bekas Ketua Propaganda Korea Utara, Kim Ki Nam meninggal dunia pada usia 94 tahun, hari ini, seperti diumumkan oleh media negara itu.
Beliau meninggal akibat usia tua dan ‘kegagalan organ berfungsi’ serta pernah menerima rawatan sejak 2022, menurut KCNA.
Ki Nam menghabiskan masa selama beberapa dekad memimpin usaha propaganda di negara kuku besi itu, termasuk membina kultus personaliti sekitar pemerintahan dinasti Kim.
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menghadiri upacara pengebumian hari ini dan memberi penghormatan kepada ‘veteran revolusi yang tetap setia tanpa batas’ kepada rejim tersebut.
Agensi berita Yonhap Korea Selatan menyamakan beliau dengan Ketua Propaganda Jerman Nazi, Joseph Goebbels, yang terkenal dengan mantra ‘ulangi kebohongan banyak kali dan ia akan menjadi kebenaran’.
Ki Nam tidak mempunyai hubungan darah dengan patriarki pemerintahan, meskipun berkongsi nama keluarga yang merupakan antara nama yang paling biasa di Korea Utara dan Korea Selatan.
Mendiang pernah dilantik sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Propaganda dan Agitasi Pyongyang pada 1966, ketika bekerja rapat dengan Kim Jong Il, pendahulu dan bapa pemimpin semasa, Kim Jong Un.-BBC