Bantuan AIM naikkan semangat Haslinda

Bantuan AIM naikkan semangat Haslinda

Ewon Benedick (dua dari kanan) melancarkan Sambal Mek Ngoh yang diusahakan oleh Haslinda Wahab di Kuala Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kegagalan dalam beberapa perniagaan sebelum ini tidak mematahkan semangat seorang Sahabat Usahawan AIM, Haslinda Wahab, 41, untuk terus berusaha sehingga berjaya.

Kecekalan dan sifat tidak kenal putus asa beliau akhirnya membuahkan hasil sehingga berjaya mengeluarkan produk baharu Sambal Mek Ngoh yang dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick di sini baru-baru ini.

“Sahabat Usahawan AIM perlu bangkit dan tidak hanya duduk rumah kerana kita sedia maklum keadaan ekonomi sekarang, apabila kita lambat bangkit, kita akan terkebelakang,” katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada AIM kerana telah banyak memberi sokongan dan bantuan dari segi pembiayaan sehingga berjaya mengeluarkan produk baharu Sambal Mek Ngoh.

“AIM memberi peluang kepada saya untuk menceburi bidang keusahawanan, saya perlu menggunakan peluang itu sebaik mungkin.

“Sebagai seorang ibu tunggal, pada mulanya saya hanya mendapat pembiayaan sebanyak RM5,000 untuk memulakan perniagaan sambal beberapa tahun lepas.

“Hari ini, alhamdulillah kita telah berjaya mengembangkan perniagaan ini dengan pengeluaran sebanyak 40,000 botol sambal dalam satu bulan dengan jualan bulanan mencecah sehingga RM400,000,” jelasnya.

Haslinda menambah, produk Sambal Mek Ngoh dijual di dalam botol dengan tiga perasa yang berbeza berbeza iaitu Penyet Lado, Sambal Ijo dan Paru Lado.

“Sambal Mek Ngoh ini boleh dijadikan tumisan atau lauk-pauk tambahan, malah sambal ini kalau dimakan dengan nasi panas dan telur mata kerbau pun dah cukup untuk tambah selera, jadi ia memang sesuai untuk mereka yang sibuk dan nak jimat masa memasak, tambahnya.

Ditanya mengenai perancangan akan datang, Haslinda berkata, beliau bercadang untuk membuka sebuah lagi kilang baharu memproses sambal kerana kilang sedia ada tidak dapat menampung pengeluaran sambal berikutan permintaan yang banyak.

“Insya Allah, kita harap kilang baru yang akan dibina pada tahun ini akan dapat membantu untuk saya mengembangkan perniagaan produk Sambal Mek Ngoh untuk lebih maju lagi di masa hadapan,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN