KUANTAN: Hasrat Allahyarham Konstabel Muhammad Syafiq Ahmad Said, 24, anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru untuk bertunang dengan gadis pilihannya tahun ini tidak kesampaian. Menceritakan perkara itu, ibunya, Aini Mohd Shariff, 57, berkata, anaknya mengenali gadis terbabit yang berasal dari Felda Panching di sini sejak dari zaman persekolahan lagi. “Anak saya sudah lama berkawan dengan gadis itu dan bercadang mendirikan rumah tangga tapi hasratnya tak kesampaian. “Walaupun sedih, tetapi saya terima segala ketentuan Ilahi dan menganggap ini adalah ujian dari-Nya,” katanya ketika ditemui…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya