MELAKA: Seorang anggota tentera berpangkat koperal didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini bagi pertuduhan mencabul kehormatan seorang remaja perempuan di dalam kereta, tahun lalu. Tertuduh, Mohamad Zuhaimi Mat Saad, 33, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Khairunnisak Hassni. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mencabul kehormatan seorang perempuan berusia 18 tahun ketika kejadian di dalam kereta berhampiran sebuah kedai di Cheng dalam daerah Melaka Tengah kira-kira pukul 12.30 tengah malam pada 17 Mei 2023. Sabit kesalahan tertuduh berdepan hukuman penjara maksimum 10…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya