KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri menyiasat dakwaan penganjuran ‘Aloha Party’ di sebuah resort terkenal di Pulau Lang Tengah, Besut Isnin lalu. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas sekiranya terdapat kesalahan dilakukan pihak penganjur pesta tersebut. Menurutnya, siasatan melibatkan kesalahan dari segi garis panduan hiburan, pelancongan dan kelulusan permit. “Kita akan menyiasat perkara ini terlebih dahulu, jika ada kesalahan dari segi peraturan atau apa-apa akta kita akan bertindak. “Sama ada salah dari segi garis panduan hiburan, pelancongan atau kelulusan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya