PASIR PUTEH: Kemarau yang sedang melanda negeri ini menyebabkan air di kawasan rekreasi hutan lipur dan air terjun Jeram Pasu di sini kering lebih sebulan lalu. Tinjauan mendapati takungan air terjun kering sekali gus menyaksikan lokasi yang sebelum ini meriah dengan kehadiran orang ramai berubah menjadi sepi. Seorang penduduk, Azwani Mat Yusoff, 34, berkata, dia mendapati kawasan air terjun itu semakin kering apabila hujan hanya turun dua kali dalam tempoh lebih seminggu lalu. Menurutnya, kawasan perkelahan itu kebiasaannya dipenuhi dengan pengunjung lebih-lebih lagi pada hujung minggu. “Sebelum ini, ramai pengunjung…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya