BACHOK: “Ada orang tidak tahu di mana Kelantan, macam mana mereka hendak datang,’’ itu kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Kamarudin Md. Nor. Katanya, pengalaman itu dilalui ketika membuat promosi pelancongan Kelantan di Sumatera, Indonesia baru-baru ini. “Jadi kita seolah-olah bermula dari kosong. Kelantan ingin menjemput pemain pelancongan untuk datang ke Kelantan dan melihat produk yang ada sebelum mereka pulang dan mempromosikannya,” katanya pada Majlis Ramah Mesra dan Pertemuan Media Bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) di Pantai Kemayang di sini kelmarin. Kamarudin mengakui promosi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya