PETALING JAYA: Ideologi kumpulan radikal masih bertapak di negara ini kerana pemikiran ekstremisme masih hidup dan diwarisi antara generasi keluarga. Meskipun ramai berpandangan organisasi pelampau sudah tiada kerana dihapuskan pihak berkuasa, saki baki pemikiran radikal masih wujud dan paling membimbangkan menunggu masa untuk bangkit semula. Dianggarkan terdapat 20 kumpulan radikal termasuk Jemaah Islamiyah (JI) bertapak di negara ini sejak merdeka yang merangkumi kategori pelampau agama, politik dan ajaran sesat. Penolong Profesor Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ISTAC-UIAM), Dr. Ahmad El-Muhammady berkata, secara zahirnya saki baki pemikiran…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya