KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan telah melihat dan membaca titah adendum oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa yang membenarkan Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman pemenjaraannya di rumah. Sehubungan itu beliau menyokong bekas Perdana Menteri itu berhubung dakwaan kewujudan titah adendum (tambahan) agar Najib menghabiskan baki hukuman penjara dengan tahanan di rumah melalui satu afidavit sokongan yang difailkan pada 9 April lalu. Afidavit itu bagi menyokong semakan kehakiman yang difailkan oleh Najib berhubung titah tersebut. Semakan di sistem pemfailan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya