Warisan Rengas terima tempahan 7,000 lemang

Warisan Rengas terima tempahan 7,000 lemang

ISMAIL Bakar (kanan) membakar lemang yang ditempah pelanggannya di Kampung Sungai Rengas, Kuala Terengganu. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Lemang Warisan Sungai Rengas menjadi juadah pilihan orang ramai dalam bulan Ramadan serta sambutan 1 Syawal meskipun harga jualan meningkat gara-gara kenaikan kos bahan mentah.

Pengusahanya, Ismail Bakar, 58, berkata, hampir 6,000 batang lemang terjual dalam tempoh sebulan puasa manakala tempahan Aidilfitri pula sudah mencecah hampir 1,000 batang.

Menurut Ismail, pelanggan setianya memahami keperluan menaikkan harga jualan sebanyak RM1 berbanding tahun lalu gara-gara peningkatan kos bahan mentah seperti beras pulut.

Dia mendakwa, harga beras pulut naik daripada RM43 kepada RM48 bagi paket 10 kilogram (kg) manakala harga buluh pula mencecah RM9 sebatang berbanding RM3 sebelum ini.

“Walaupun dihimpit isu harga, saya bersyukur sambutan sangat baik diterima, jika hari biasa saya boleh menjual 50 batang, sepanjang Ramadan pula 150 sehingga 200 batang boleh laris dalam masa sehari.

“Tempahan hari raya pula terpaksa ditutup lebih awal kira-kira selepas seminggu berpuasa kerana saya sudah mendapat tempahan sebanyak 1,000 batang lemang oleh pelanggan jauh dan dekat.

“Disebabkan kenaikan harga bahan mentah, saya juga terpaksa menaikkan harga jualan bermula RM5 sehingga RM20 sebatang bergantung saiz lemang,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Menurut Ismail, dia mengusahakan Lemang Warisan di Kampung Sungai Rengas dekat sini sambil dibantu anak lelaki, Muhammad Izzul Syahmi, 26, dan menantu, Shyeh Zulkifli Mohd. Shyeh Hisham, 26.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN