USIM santuni pelajar tidak pulang berhari raya - Utusan Malaysia

USIM santuni pelajar tidak pulang berhari raya

DR. Sharifudin Md Shaarani (empat dari kiri) bersama sebahagian pelajar yang tidak pulang ke kampung sempena Aidilfitri pada program sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kompleks Islam Tuanku Muhriz, USIM di Nilai, Seremban hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai di sini meneruskan amalan sambutan 1 Syawal dengan meraikan pelajar tempatan dan antarabangsa yang tidak pulang menyambut Aidilfitri di kampung halaman masing-masing.

Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Sharifudin Md Shaarani berkata, terdapat lebih kurang 40 pelajar terdiri tidak pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung halaman mereka pada tahun ini. 

“Penganjuran program sambutan Hari Raya Aidilfitri membolehkan para pelajar merasai suasana kemeriahan Aidilfitri bersama warga USIM di samping menikmati pelbagai juadah enak yang disediakan di Kompleks Islam Tuanku Muhriz, USIM.

“Program dimulakan dengan takbir raya disusuli dengan solat sunat Hari Raya Aidilfitri dan diakhiri dengan khutbah Hari Raya Aidilfitri yang disampaikan oleh Pengarah Pusat Islam USIM, Dr. Muhammad Hafiz Saleh,” katanya hari ini.

Menurut beliau, majlis yang diadakan itu merupakan usaha universiti memupuk keceriaan kepada mereka yang tidak pulang beraya bersama keluarga tercinta.

“USIM tidak akan mengabaikan pelajar yang tidak pulang beraya dan akan sentiasa menjaga kebajikan mereka demi menzahirkan rasa cinta sesama warga USIM,” tambahnya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN