SEREMBAN: Kegigihan mengulang kaji pelajaran sambil dibantu ibu bapa membuahkan hasil kepada tiga orang murid dari Sekolah Rendah Islam (SRI) Seremban dan SRI Seremban, Nilai di sini apabila masing-masing memperoleh keputusan 8A dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023. Tiga murid berkenaan, Nik Ufaira Nik Muhammad Hafiz, Harith Amrullah Almuhaymin dan Muhammad Saif Zakwan Shahrul Zaim, 12, bagaimanapun mengakui tidak menyangka mampu mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan itu. Berkongsi kejayaannya, Nik Ufaira berkata, sokongan daripada ibunya banyak membantunya bagi meraih keputusan terbaik. “Terima kasih juga kepada ustaz serta ustazah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya