Tol percuma sempena Aidilfitri: Aliran trafik meningkat - Utusan Malaysia

Tol percuma sempena Aidilfitri: Aliran trafik meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan meningkat susulan pengguna jalan raya memanfaatkan peluang pemberian tol percuma yang bermula hari ini.

Setakat 9.30 pagi, berlaku peningkatan kenderaan yang keluar dari ibu kota dengan aliran trafik bergerak lancar terutamanya di Lebuhraya Utara Selatan dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT1) dan (LPT2).

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik bergerak perlahan di KM266.5 arah Utara dari Seremban ke Bandar Ainsdale dan di KM138.0 arah Selatan dari Permatang Pauh ke Perai berikutan kemalangan yang berlaku.

“Beberapa laluan Smartlane mula diaktifkan pagi ini, antaranya di KM8.1 hingga KM6.1 arah Utara dari USJ ke Seafield dan juga di KM303.2 hingga KM297.0 arah Utara laluan di antara Tapah ke Gopeng,” katanya.

Orang ramai dinasihatkan mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1-800-88-0000 dan laman Twitter atau talian LLM 1-800-88-7752 sebelum memulakan perjalanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN