MELAKA: Jualan tiket bas ekspres ke semua destinasi terutama pantai timur, utara dan selatan dari Terminal Melaka Sentral (Melaka Sentral) di sini masih boleh diperoleh, meskipun Hari Raya Aidilfitri bakal disambut minggu depan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengurus Bangunan Melaka Sentral, Badrulhisham Md. Shah berkata, orang ramai masih boleh membeli tiket perjalanan ke Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Johor. Menurutnya, kebanyakan syarikat bas masih menawarkan tiket untuk pulang ke destinasi pilihan dari 1 hingga 10 April. Beliau berkata, setakat ini bagi perjalanan ke pantai timur, sebanyak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya