KOTA BHARU: Tiga lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangi mereka berlanggar sesama sendiri akibat dipercayai berlumba di Kilometer 9.9, Lebuh Raya Ketereh-Kota Bharu di sini tengah malam tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu, kesemua mangsa yang berusia 19 dan 21 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada anggota badan. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, kemalangan tersebut melibatkan tujuh kenderaan iaitu enam buah motosikal dan sebuah kereta yang berhenti di laluan kecemasan. Menurutnya, siasatan mendapati, sekumpulan lelaki menunggang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya