PETALING JAYA: Polis memburu tiga lelaki dipercayai membakar anak kucing di tempat meletak motosikal Flat Seri Kenari, Kajang dekat sini semalam. Pihak polis menerima laporan berhubung kejadian daripada seorang wanita pada 10.51 pagi. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pengadu berusia 63 tahun itu membuat laporan memaklumkan anak kucing dibakar hidup-hidup di tapak parkir motosikal berkenaan. Katanya, wanita berkenaan cuba mencari anak kucing berkenaan di sekitar flat dan menemukannya dalam keadaan lemah sebelum segera menghantarnya ke klinik veterinar swasta di Ampang. “Semakan rakaman kamera litar tertutup…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya