KANGAR: Tiga bazar Ramadan di bawah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di Perlis berjaya mencatatkan nilai jualan RM1.3 juta dalam tempoh 22 hari sejak dilancarkan pada 13 Mac lalu. Pengarahnya, Mohd Anzara Azizan berkata, bazar-bazar berkenaan membabitkan 160 usahawan. Katanya, ia membabitkan bazar Ramadan Dataran MAIPs Kangar, bazar Ramadan Universiti Malaysia Perlis (Unimap) Kampus Pauh Putra dan bazar Ramadan Pasar Tani Kekal (PTK) Simpang Empat. “Nilai jualan di bazar Ramadan Dataran MAIPs saja mencatatkan nilai jualan RM500,000 yang melibatkan 38 usahawan,” katanya ketika memberi sembah taklimat Program Sentuhan Kasih Ramadan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya