Tidak perlu ‘guna-guna’ untuk laris jual kelamai

Tidak perlu ‘guna-guna’ untuk laris jual kelamai

NOORSYAHIRAH Roslin menunjukkan kelamai yang dijualnya semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri di Gopeng, Perak. – UTUSAN/MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPAR: Pengusaha juadah tradisi masyarakat Rawa iaitu kelamai di Gopeng, Noorsyahirah Roslin, 39, benar–benar percaya dengan konsep jika sudah rezeki tidak akan ke mana.

Biarpun agak khuatir perihal kemerosotan jualan kelamai di gerainya, dia tetap membanting tulang menghasilkan juadah itu sebagai sumber pendapatan utama.

Masih mengekalkan resipi yang dipelajarinya dengan emak mentua yang merupakan ‘orang Rawa’ asli sejak lebih 10 tahun lalu, dia bersyukur dapat menyiapkan 600 batang kelamai pada Hari Raya Aidilfitri.

“Syukur kerana jualan masih sama seperti 10 tahun lalu. Sebenarnya tiada rahsia atau konsep ‘guna-guna’ kerana resipi dan cara membuatnya sama seperti peniaga lain.

“Kebanyakan jualan disumbang oleh pelanggan tetap yang telah membeli dengan saya sejak beberapa tahun lalu,” katanya di sini.

Dia menjual kelamai dengan harga sekitar RM25 hingga RM30 bergantung pada saiz.

Katanya, proses menghasilkan juadah seperti lemang itu agak rumit iaitu beras pulut yang dibasuh bersih serta dijemur selama satu hari di bawah panas matahari sebelum perlu dikisar halus.

“Selain itu, gula merah dan gula putih, santan yang dimasak sehingga menjadi tahi minyak serta kerisik perlu diadun terlebih dahulu dan diperap selama tiga hari di dalam periuk sebelum dimasukkan ke dalam buluh aur iaitu sejenis buluh hutan yang boleh didapati di hutan sekitar kawasan tepi sungai” katanya.

Noorsyahirah memberitahu, cara memasak kelamai sama seperti lemang, iaitu perlu dibakar di atas bara api kira-kira lima jam.

“Kelamai ini rupanya seakan-akan dodol kerana warnanya yang kehitaman.

“Juadah tradisi ini boleh bertahan sehingga lebih sebulan jika betul cara penyimpanannya selain tidak boleh terkena air,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN