SEREMBAN: Lebih RM350 juta akan dibelanjakan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) pada musim haji tahun ini untuk para jemaah daripada golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dan berpendapatan 41 peratus kepada 80 peratus (M40) yang bertujuan mengurangkan beban kewangan mereka menunaikan ibadah haji. Pengurus Besar Pengurusan Haji, Jabatan Haji, Lembaga Tabung Haji, Mohamed Heikal Mohamed Yusuff berkata, jumlah itu merangkumi kos langsung dan tidak langsung bagi menunaikan haji seperti penerbangan, penginapan, sajian makanan, pengangkutan serta pelbagai bayaran kepada pihak ketiga di tanah suci. Selain itu, beliau berkata, jumlah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya