KOTA BHARU: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kelantan bimbang dengan aktiviti menggali telaga tiub untuk mendapatkan bekalan air yang dikhuatiri mengundang berlaku mendapan tanah di negeri itu. Yang Dipertuanya, Mohd. Syahiran Muhammad berkata, ini kerana aktiviti tersebut dilihat sampai ke tahap tidak terkawal disebabkan oleh masalah tiada bekalan air. “Jika aktiviti menggali telaga atau telaga tiub sampai ke tahap tidak terkawal, negeri ini akan terkesan dengan fenomena tanah mendap. “Fenomena tersebut akan menyebabkan tanah-tanah di negeri ini berisiko untuk berada di bawah paras laut dan akan menerima pelbagai impak negatif,”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya