JASIN: Tahap sara diri (SSL) padi di Melaka akan meningkat daripada sembilan peratus kepada 15 peratus, susulan tuaian hasil pertama benih padi sah menggunakan varieti MR297 bermula Januari 2025. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, sebelum ini projek rintis membabitkan kesesuaian penggunaan varieti berkenaan telah dilaksanakan di Kampung Tengah Padang, Merlimau di sini. Ujarnya, proses perataan tanah sedang dilakukan selepas Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mengesahkan lokasi itu bersesuaian ditanam varieti MR297. “Kawasan di situ telah dikenal pasti paling sesuai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya