SEREMBAN: Selepas dirinya menghidap pelbagai penyakit termasuk diserang angin ahmar sebanyak empat kali, penyanyi popular pada era 1990-an, Shaharim Sallehudin, 59, atau lebih dikenali sebagai Sheqal mengakui dia tidak dapat melakukan sebarang pekerjaan dan tidak mempunyai pendapatan. Bagaimanapun, penyanyi yang terkenal menerusi lagu bertajuk Zapin Rindu-rinduan dan Cinta Nusantara itu memberitahu, dia kini mencari peluang menerusi penulisan buku. Menurutnya, dia menghasilkan buku pertamanya bertajuk Syair Burung Dalam Sangkar hasil manuskrip yang disimpannya selama hampir 25 tahun. “Di sebalik tajuk buku ini ada ‘burung’ bermaksud roh manakala ‘sangkar’ bermaksud jasad. Rangkuman…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya