Santan: Kupas 100 biji kelapa sehari penuhi permintaan

Santan: Kupas 100 biji kelapa sehari penuhi permintaan

MENJELANG Aidilfitri, seorang pengusaha santan, Ab Aziz Hassan, 65, memperoleh sekitar RM 300 sehari melalui tempahan dan penjualan santan di rumahnya di Kampung Kok Klang, di sini, baru-baru ini. - UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Menjelang sambutan Aidilfitri santan menjadi antara keperluan utama yang paling laris khususnya di pasar-pasar di sini.

Bagi pengusaha santan segar, mereka antara yang paling tidak menang tangan dalam menyediakan bahan masakan utama tersebut bagi memenuhi permintaan tinggi menjelang hari raya yang dijadual pada Rabu depan.

Seorang pengusaha, Ab. Aziz Hassan,65, berkata, meskipun hanya menjual santan di rumah di Kok Klang di sini, namun bahan masakan berkenaan tetap menjadi tumpuan pelanggan dari seluruh negeri ini yang datang membeli santan di kediamannya.

Katanya, dia mampu menjana pendapatan sehingga mencecah RM300 sehari melalui tempahan dan jualan santan berkenaan.

Ekoran itu, dia bersama isteri yang dibantu anak-anak juga perlu mengupas lebih 100 biji kelapa sehari bagi memenuhi tempahan santan yang meningkat menjelang beberapa hari menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Tempahan dan jualan santan tersebut semakin meningkat khususnya menjelang Aidilfitri dengan pelanggan terus mendapatkan bahan masakan utama tersebut.

“Setiap tiap tahun, menje­lang Aidilfitri sememangnya jualan santan ini laris dan saya menyediakan santan segar buat pelanggan.

“Semakin dekat dengan hari raya, lebih 100 biji kelapa digunakan sehari untuk menampung permintaan yang cukup tinggi.

“Santan menjadi bahan masakan utama bagi hidangan seperti ketupat, rendang, kuih dan pelbagai jenis hidangan lain sempena raya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya