TUMPAT: Masalah gangguan bekalan air yang berterusan menyebabkan penduduk di sini terpaksa menggali telaga tiub untuk mendapatkan sumber dalam meneruskan kelangsungan hidup. Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang penduduk dari Kampung Kubang Sawa di sini, Rosnani Mat Roni, 48, berkata, dia terpaksa mengeluarkan belanja lebih RM1,000 untuk membina telaga tiub. Menurutnya, pembinaan itu merupakan usaha dalam menyelesaikan masalah gangguan bekalan yang memberikan kesan buruk kepada kehidupan harian. “Sudah dua tahun berlaku gangguan air di kawasan ini, terpaksalah menggunakan air telaga tiub. “Sekurang-kurangnya ada air di rumah kami biarpun airnya kurang bersih,”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya