Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada emak, Salmah Salleh dan ayah, Harun Zakaria yang berada di Bandar Baru Salak Tinggi serta buat isteri tercinta, Nor Harsiyati Harun dan anak-anak tersayang dan juga sanak saudara di mana saja mereka berada.
Salam lebaran juga kepada pucuk pimpinan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terutamanya kepimpinan Tentera Darat, Kor Armor Driaja serta seluruh warga tentera, juga kepada sahabat-sahabat serta seluruh rakyat Malaysia.
Bertugas di Misi Pengaman PBB untuk kali yang ketiga (Bosnia & Herzegovina, Lubnan dan Democratic Republic of the Congo) memberikan pengalaman yang sangat menyayat hati akibat perpecahan etnik dan agama. Semoga Aidilfitri kali ini disambut dengan penuh kesyukuran oleh rakyat yang beragama Islam dan diraikan oleh seluruh masyarakat Malaysia yang majmuk dengan kemeriahan.
Kolonel Azizan Long Ji Harun
Timbalan Ketua Staf Latihan dan Penilaian Personel
Misi Pengaman PBB di Republik Demokratik Congo (MONUSCO), Congo. – UTUSAN