Dari jauh di perantauan, saya mohon maaf atas segala kesalahan dan khilaf kepada ibunda, Halimah Raeis, Sharifah Khadijah Syed Alwi; isteri tercinta, Maisarah Omar; adik yang dikasihi, Natasha Hafiza Hussain dan anak-anak semua, Hurayyah, Hulaif, Humam, Huwainaa, Husain dan Luqman.
Semoga Syawal ini penuh dengan keberkatan dan kebahagiaan buat keluarga di sana.
Meskipun jauh di perantauan, doa dan kasih sayang tetap menyatukan kita. Semoga kita dapat berkumpul bersama dalam kebahagiaan suatu hari nanti. Selamat hari raya kepada keluarga tersayang di tanah air.
Bertugas jauh di bumi Sahara,
Hati rindu pada keluarga di sana,
Semoga Hari Raya beri kebahagiaan walau jauh dari mata,
Selamat Hari Raya, maafkan segala dosa.
Mejar Geran Husanuddin Lillah Hussain – UTUSAN