KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah melalui SMJ Energy Sdn Bhd (SMJE) mengutip hasil jualan terkumpul minyak mentah sebanyak RM580 juta setakat ini. Hasil terkumpul itu diperoleh sejak SMJE berjaya menyelesaikan proses pengambilalihan 50 peratus penyertaan SMJE dalam PSC Samarang yang dimuktamadkan melalui Perjanjian Farm Out pada 5 April 2023. Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, penyelesaian pengambilalihan sejak 31 Mei tahun lalu telah membolehkan Sabah menjual hak minyak mentahnya di Terminal Minyak Mentah Labuan (LCOT) kepada pembeli minyak mentah antarabangsa untuk sejumlah empat kargo setakat ini yang berjumlah RM580 juta.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya