MARAN: Sebuah keluarga peneroka Felda Tanjung Jengka 20 di sini tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka musnah 100 peratus akibat kebakaran kira-kira pukul 8.15 malam ini. Ketika kejadian, semua keluarga tiada di rumah kerana sudah dua minggu pulang ke kampung di Perak bercuti sempena Ramadan dan Aidilfitri. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jengka, Muhamad Nur Syukran Muhamad Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam tentang kejadian itu pada pukul 8.27 malam. Menurutnya, seramai tujuh anggota dari balai terbabit bersama sebuah jentera pemadam dengan bantuan BBP Kuala Krau serta…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya