JASIN: Selepas 14 tahun berlalu, perkhidmatan bot pelancongan Sungai Kesang kini dalam kajian untuk dihidupkan semula bagi menambah tarikan pelancongan di gerbang selatan Melaka. Sebelum ini perkhidmatan itu dikenali sebagai Sungai Rambai River Cruise yang beroperasi pada 2010 di Laman Belia Sungai Rambai di sini. Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, Melaka River Cruise (MRC) Sungai Kesang perlu diperkenalkan bagi menambah tarikan pelancong di kawasan yang kini dikenali sebagai Dataran Riverside Sungai Rambai. Menurutnya, Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) diberi tanggungjawab menjalankan kajian untuk melihat kesesuaian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya