TAMPIN: Satu rangka manusia ditemukan orang awam di dalam sebuah ladang kelapa sawit di Felda Sungai Kelamah, Gemas, di sini, petang tadi. Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman berkata, kira-kira pukul 2.10 petang, anggota bertugas di pejabat pertanyaan Balai Polis Gemas telah menerima panggilan dari orang awam memaklumkan telah menjumpai sebuah motosikal dan tengkorak dipercayai manusia tidak jauh dari motosikal tersebut di lokasi berkenaan. “Berdasarkan maklumat tersebut, pihak polis telah ke lokasi kejadian dan telah menjumpai rangka manusia dari pinggul hingga kaki di dalam parit kering selain sebuah motosikal…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya