PETALING JAYA: Suasana Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei ini dijangka hangat kerana ada pihak didakwa masih tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan sekarang. Bercakap kepada Utusan Malaysia, penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr. Salawati Mat Basir berkata, Perikatan Nasional (PN) akan menyalahkan kerajaan disebabkan masalah kemelesetan ekonomi dan kenaikan harga barang. “Pada saya, senario PRK kali ini akan menjadi ‘panas’ dan ‘meriah’ kerana mereka akan cuba mengekalkan hujah masing-masing di mana pihak kerajaan Madani mengatakan DAP masih relevan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya